Thursday, February 26, 2009

Kau. Aku. Dia.

Aku tahu, kau rasa kau adalah orang yang paling pandai dalam dunia ini.

Aku mengaku kau pandai.

Sekurang-kurangnya kau bukan bodoh sombong.

Boleh aku panggil kau pandai sombong?

Mungking pandai-tetapi-sombong adalah lebih tepat lagi.

Aku tahu kau banyak membantu orang.

Tetapi ikhlaskah hati kau?

Mula-mula aku kagum dengan kebijaksanaan kau.

Aku tabik.

Namun, aku tidak dapat lupa, tidak lupa hari itu.

Hari yang kau secara tidak langsung menolak apabila aku meminta tunjukajar kau.

Aku rasa kau memandang rendah terhadap aku bukan?

Atau kau takut kedudukan kau akan tergugat?

Ataupun kau rasa membantu aku akan membuang masa dan tenaga kau?

Baiklah.

Sejak hari itu, aku berikrar untuk berdikari, belajar dari kesilapan dengan keupayaan diri aku sendiri.

Kerana aku tidak mahu bergantung kepada kau yang pandai sombong, namun tidak tahu malu kerana setiap hari kena meminta pertolongan dia.

Walaupun kau tidak meminta pertolongan itu.

Yakah?

Setiap ketika ditolong, aku tidak pasti adakah kau mengungkapkan 'Terima kasih' atau tidak kepada dia.

Kerana 'Selamat pagi' yang aku ungkapkan pun tidak kau balas.

Kau pandai, tetapi tiada adab.

Kini kau mula menyendiri, kerana atas keangkuhan kau, kau rasa tiada pentingnya aku, dia dan mereka.

Tapi kau jangan alpa, kau berhutang banyak dengan dia.

Jadi buanglah keangkuhan kau.

Berhenti jadi pandai sombong.

Kau dan aku, biarlah ia berakhir di sini.


Selamat jalan.

2 comments:

  1. :D what's with the sudden BM nie. sounded sooo... MAlay-ish. XD haha. Wee's family definitely got BM power.

    ReplyDelete
  2. hehe..yesh, we should be proud of our BM!

    ReplyDelete

comment away and don't forget to tick the "Notify me" box, or else I'll miss your messages and won't reply :'(